Monday, October 19, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN (3)

Bagi soalan yang mempunyai kata tugas HURAIKAN, calon perlu memberi 1 fakta dan beberapa huraian.
Banyak mana huraian? Bergantung kepada peruntukan markah.

Contoh :
Huraikan dua cara bank pusat mengatasi masalah inflasi dalam negara. [8m]

Jawapan :
Cara bank pusat bagi mengatasi masalah inflasi dalam negara adalah :

1. Menaikkan kadar rizab tunai. [1]
Ini menyebabkan kemampuan bank perdagangan untuk memberi pinjaman berkurang. [1]
Kesannya pinjaman orang ramai akan berkurang [1]
Maka kuasa beli / permintaan pasaran akan jatuh [1]
Penawaran wang dalam pasaran juga akan jatuh. [1]

2. Mengetatkan syarat sewa beli. [1]
Bank pusat boleh memendekkan tempoh pinjaman / menurunkan jumlah maksimum
pinjaman [1]
Ini menyebabkan pinjaman secara sewa beli berkurang [1]
Maka kuasa beli / permintaan pasaran juga jatuh [1]
Penawaran wang dalam pasaran akan berkurang. [1]

NOTA : Soalan tentang cara bank pusat mengatasi inflasi atau kemelesetan adalah soalan
yang popular dalam SPM. Jika calon benar-benar faham, mereka akan mendapat
markah penuh bagi soalan ini.

Terdapat 3 lagi cara bank pusat mengatasi inflasi atau kemelesetan ekonomi. Calon
boleh mencubanya sendiri...
Jika sudah menjawab secara bertulis, mintalah guru anda untuk menyemaknya.

Thursday, August 6, 2009

Teknik menjawab soalan 2.



Bagi soalan perbezaan, soalan akan dikemukakan dengan jelas. Jika jawapan memerlukan empat perbezaan. maka perkataan empat akan ditulis di dalam soalan. Pelajar hanya perlu memberi empat perbezaan. Semasa berada di dewan peperiksaan, masa amat berharga. Gunakan masa menjawab dengan bijak.
Akan tetapi, jika terdapat perbezaan yang pelajar kurang pasti betul atau salah, pelajar boleh memberi lebih daripada empat perbezaan.

Contoh soalan :

SPM 2008. Soalan 3(a)
Bezakan Keanjalan Harga Permintaan Anjal dengan keanjalan Harga Permintaan Tak Anjal
[4m]

Pesanan kepada calon : Bagi soalan ini bilangan perbezaan yang dikehendaki tidak dinyatakan. Namun begitu, berdasarkan markah yang diperuntukkan dapat diketahui DUA perbezaan yang perlu diberi. Contoh lain, jika 8 markah diberi bermakna 4 perbezaan diperlukan.

Contoh jawapan :
Keanjalan harga permintaan anjal bermaksud peratus perubahan kuantiti diminta besar berbanding peratus perubahan harga manakala keanjalan harga permintaan tak anjal bermasud peratus perubahan kuantiti diminta kecil berbanding peratus perubahan harga.

Catatan : pelajar yang menjawab sebegini layak mendapat 2 markah.

Pelajar boleh juga menjawab secara jadual. Tetapi pastikan ayat-ayat lengkap dan tidak tergantung.

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PERBEZAAN DENGAN CEMERLANG...

Monday, August 3, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN EKONOMI ASAS SPM

Pelajar mesti memahami kata tugas soalan selain mengetahu kata kunci soalan.

Apa kata tugas? Apa pula kata kunci?

TEKNIK 1 :

Contoh : Terangkan empat faktor-faktor pengeluaran dalam ekonomi.

kata tugas - terangkan
kata kunci - faktor-faktor pengeluaran.

Terangkan bermaksud pelajar mesti memberikan fakta dan satu huraian.

Contoh jawapan.

Faktor-faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah :

1. Buruh
Buruh adalah individu yang menyumbang tenaga fizikal / mental dalam proses pengeluaran.
Buruh mendapat ganjaran upah.

Nota : huraian di atas boleh dipilih mana-mana satu oleh pelajar.


Pelajar sekalian, sila ikuti teknik menjawab yang seterusnya dalam blog ini pada masa lain.

Selamat mempraktikkan ilmu yang sedikit ini, yang sedikit dikongsi bersama, manfaatnya akan besar dinikmati.

Tuesday, July 28, 2009

UJIAN SELARAS 2 EKONOMI ASAS KISAS

28 julai 2009, pelajar tingkatan 4 Ekonomi Asas telah menduduki Ujian Selaras 2 pada jam 9.40-10.40 pagi bertempat di Dewan Besar, KISAS.

2 soalan Kertas 2 telah diuji kepada mereka dengan wajaran markah 50% yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. Mereka akan diuji topik 2 & 3.

"Soalan ABC ke cikgu?" Tanya anak-anak muridku.
"Takkan... saya takkan uji soalan objektif kepada kamu semua. Ia tidak benar-benar menguji kefahaman kamu selama saya mengajar ini."
Memang begitu, aku tidak akan menggubal soalan kertas 1 (objektif) kepada mereka pada Ujian Selaras 1 dan 2. (Dulu dipanggil ujian bulanan selaras).

Bagaimana pencapaian mereka???
Entahlah... kertas jawapan baru tiba di atas mejaku. Akanku ketahui juga kelak.

SOALAN BERFOKUS EKONOMI ASAS KLANG

Panitia EA diarahkan oleh PPD Klang untuk menjalankan Ujian Soalan Berfokus EA SPM kepada calon SPM 2009. Guru bebas memilih tarikh yang sesuai dengan kelapangan murid. Bagi KISAS, Ujian Set 1 Kertas 1 akan dijalankan sebentar lagi, Selasa 28 julai, jam 3.15 - 4.30 petang bertempat di kelas masing-masing.

Bagus juga ada ujian ini. Sekurang-kurangnya murid digempur agar sentiasa bersedia untuk menghadapi pep. percubaan 5 ogos nanti.

Murid-murid sekalian, jika guru tidak sempat mengadakan aktiviti ke arah kecemerlangan, andalah yang seharusnya mencari jalan dan peluang untuk mencapai kecemerlangan.
Gunakanlah masa dengan sebijaknya. Masa yang berbaki ini, lakukanlah ulangkaji, latihan dan penghafalan semua topik. Jangan belajar berpilih-pilih. Nanti anda yang rugi.

Guru akan sentiasa siap sedia membantu jika diperlukan. Mana ada guru yang mahu muridnya gagal. Mestilah ingin anak murid mendapat 1A. Insya Allah. Usahalah, doa dan tawakkal...

MARI BUAT LATIHAN.

Wednesday, July 22, 2009

Hari ini 23 julai 2009, Daerah Klang telah berjaya mengadakan Kuiz Ekonomi Asas Daerah Klang. Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian. Keputusannya, KISAS berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah kepada Fatin dan Najwa Mawaddah dari tingkatan 5/10.

Maklumat terkini yang diperolehi oleh guru pada hari ini adalah format soalan EA kertas 2 akan berubah sedikit. Mulai tahun 2009, soalan bagi setiap soalan akan dicampur aduk antara beberapa bab. Ini berbeza dengan sebelumnya di mana soalan bab 1 akan digubal dalam soalan nombor 1. Tahun 2009, pelajar terpaksa menghadami semua bab. Mereka tidak boleh memilih-milih bab lagi. Cabaran lebih besar menanti calon SPM 2009.

Bagaimanapun, pelajar akan didedahkan dengan bentuk soalan ini bermula peperiksaan percubaan SPM pada 18 ogos 2009.

Maklumat terkini akan diperolehi apabila guru menghadiri taklimat yang akan disampaikan oleh JU (jurulatih utama) di peringkat daerah pada 30 julai nanti.

ADIOS...

Tuesday, July 21, 2009

Peperiksaan Percubaan SPM Ekonomi Asas 2009 KISAS Kluster.

Pelajar Ekonomi Asas SPM 2009 KISAS akan menduduki Pep. Percubaan SPM kertas ini pada 18 Ogos 2009. Sukatan pelajaran telah pun berjaya dihabiskan pada minggu kedua Julai. Tahniah! kepada guru dan pelajar yang terlibat atas komitmen bersama menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan.

Dalam tempoh 2 minggu bulan Julai terakhir ini, guru dan pelajar melaksanakan aktiviti mengulangkaji sukatan dan memperbanyakkan latih tubi soalan-soalan SPM tahun 2004-2008.
Kelas tambahan petang juga dibuat pada setiap hari Isnin, 3.15-5.00 petang bermula 14 julai. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 5.
Selain itu, kelas pantas 15 minit pada waktu rehat setiap hari isnin-khamis juga diadakan. Kelas ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang berminat dan berkelapangan. Sungguhpun tidak wajib, sambutan amat memuaskan kerana hampir 1/3 pelajar menghadirinya.

Apakah soalan yang akan keluar pada pep. percubaan ini???
Buat masa ini, soalan masih di dalam proses pembikinan oleh guru. Guru telah membuat analisis soalan kertas 2 tahun 2004-2008 dan diedar dan dibincangkan bersama pelajar. Apa pun soalannya nanti, yang pasti kualiti soalan akan diutamakan supaya ia benar-benar menguji keupayaan calon SPM menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

Nasihat guru???
Teruskan usaha menghafal fakta dan huraian setelah benar-benar faham. Jika masih samar-samar kunjungi guru anda. Mereka siap sedia membantu demi kecemerlangan anda. Perbanyakkanlah latihan menjawab secara bertulis soalan-soalan kertas 1 dan 2. Peperiksaan SPM adalah pengujian bertulis, maka itu anda mesti memahirkan diri dengan bentuk soalan dan jawapan serta kekangan masa yang diperuntukkan.

May ALLAH bless you.

Love you...
CIKGU