Tuesday, July 21, 2009

Peperiksaan Percubaan SPM Ekonomi Asas 2009 KISAS Kluster.

Pelajar Ekonomi Asas SPM 2009 KISAS akan menduduki Pep. Percubaan SPM kertas ini pada 18 Ogos 2009. Sukatan pelajaran telah pun berjaya dihabiskan pada minggu kedua Julai. Tahniah! kepada guru dan pelajar yang terlibat atas komitmen bersama menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan.

Dalam tempoh 2 minggu bulan Julai terakhir ini, guru dan pelajar melaksanakan aktiviti mengulangkaji sukatan dan memperbanyakkan latih tubi soalan-soalan SPM tahun 2004-2008.
Kelas tambahan petang juga dibuat pada setiap hari Isnin, 3.15-5.00 petang bermula 14 julai. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 5.
Selain itu, kelas pantas 15 minit pada waktu rehat setiap hari isnin-khamis juga diadakan. Kelas ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang berminat dan berkelapangan. Sungguhpun tidak wajib, sambutan amat memuaskan kerana hampir 1/3 pelajar menghadirinya.

Apakah soalan yang akan keluar pada pep. percubaan ini???
Buat masa ini, soalan masih di dalam proses pembikinan oleh guru. Guru telah membuat analisis soalan kertas 2 tahun 2004-2008 dan diedar dan dibincangkan bersama pelajar. Apa pun soalannya nanti, yang pasti kualiti soalan akan diutamakan supaya ia benar-benar menguji keupayaan calon SPM menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

Nasihat guru???
Teruskan usaha menghafal fakta dan huraian setelah benar-benar faham. Jika masih samar-samar kunjungi guru anda. Mereka siap sedia membantu demi kecemerlangan anda. Perbanyakkanlah latihan menjawab secara bertulis soalan-soalan kertas 1 dan 2. Peperiksaan SPM adalah pengujian bertulis, maka itu anda mesti memahirkan diri dengan bentuk soalan dan jawapan serta kekangan masa yang diperuntukkan.

May ALLAH bless you.

Love you...
CIKGU

No comments:

Post a Comment