Thursday, August 6, 2009

Teknik menjawab soalan 2.



Bagi soalan perbezaan, soalan akan dikemukakan dengan jelas. Jika jawapan memerlukan empat perbezaan. maka perkataan empat akan ditulis di dalam soalan. Pelajar hanya perlu memberi empat perbezaan. Semasa berada di dewan peperiksaan, masa amat berharga. Gunakan masa menjawab dengan bijak.
Akan tetapi, jika terdapat perbezaan yang pelajar kurang pasti betul atau salah, pelajar boleh memberi lebih daripada empat perbezaan.

Contoh soalan :

SPM 2008. Soalan 3(a)
Bezakan Keanjalan Harga Permintaan Anjal dengan keanjalan Harga Permintaan Tak Anjal
[4m]

Pesanan kepada calon : Bagi soalan ini bilangan perbezaan yang dikehendaki tidak dinyatakan. Namun begitu, berdasarkan markah yang diperuntukkan dapat diketahui DUA perbezaan yang perlu diberi. Contoh lain, jika 8 markah diberi bermakna 4 perbezaan diperlukan.

Contoh jawapan :
Keanjalan harga permintaan anjal bermaksud peratus perubahan kuantiti diminta besar berbanding peratus perubahan harga manakala keanjalan harga permintaan tak anjal bermasud peratus perubahan kuantiti diminta kecil berbanding peratus perubahan harga.

Catatan : pelajar yang menjawab sebegini layak mendapat 2 markah.

Pelajar boleh juga menjawab secara jadual. Tetapi pastikan ayat-ayat lengkap dan tidak tergantung.

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PERBEZAAN DENGAN CEMERLANG...

No comments:

Post a Comment