Tuesday, July 28, 2009

UJIAN SELARAS 2 EKONOMI ASAS KISAS

28 julai 2009, pelajar tingkatan 4 Ekonomi Asas telah menduduki Ujian Selaras 2 pada jam 9.40-10.40 pagi bertempat di Dewan Besar, KISAS.

2 soalan Kertas 2 telah diuji kepada mereka dengan wajaran markah 50% yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. Mereka akan diuji topik 2 & 3.

"Soalan ABC ke cikgu?" Tanya anak-anak muridku.
"Takkan... saya takkan uji soalan objektif kepada kamu semua. Ia tidak benar-benar menguji kefahaman kamu selama saya mengajar ini."
Memang begitu, aku tidak akan menggubal soalan kertas 1 (objektif) kepada mereka pada Ujian Selaras 1 dan 2. (Dulu dipanggil ujian bulanan selaras).

Bagaimana pencapaian mereka???
Entahlah... kertas jawapan baru tiba di atas mejaku. Akanku ketahui juga kelak.

SOALAN BERFOKUS EKONOMI ASAS KLANG

Panitia EA diarahkan oleh PPD Klang untuk menjalankan Ujian Soalan Berfokus EA SPM kepada calon SPM 2009. Guru bebas memilih tarikh yang sesuai dengan kelapangan murid. Bagi KISAS, Ujian Set 1 Kertas 1 akan dijalankan sebentar lagi, Selasa 28 julai, jam 3.15 - 4.30 petang bertempat di kelas masing-masing.

Bagus juga ada ujian ini. Sekurang-kurangnya murid digempur agar sentiasa bersedia untuk menghadapi pep. percubaan 5 ogos nanti.

Murid-murid sekalian, jika guru tidak sempat mengadakan aktiviti ke arah kecemerlangan, andalah yang seharusnya mencari jalan dan peluang untuk mencapai kecemerlangan.
Gunakanlah masa dengan sebijaknya. Masa yang berbaki ini, lakukanlah ulangkaji, latihan dan penghafalan semua topik. Jangan belajar berpilih-pilih. Nanti anda yang rugi.

Guru akan sentiasa siap sedia membantu jika diperlukan. Mana ada guru yang mahu muridnya gagal. Mestilah ingin anak murid mendapat 1A. Insya Allah. Usahalah, doa dan tawakkal...

MARI BUAT LATIHAN.

Wednesday, July 22, 2009

Hari ini 23 julai 2009, Daerah Klang telah berjaya mengadakan Kuiz Ekonomi Asas Daerah Klang. Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian. Keputusannya, KISAS berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah kepada Fatin dan Najwa Mawaddah dari tingkatan 5/10.

Maklumat terkini yang diperolehi oleh guru pada hari ini adalah format soalan EA kertas 2 akan berubah sedikit. Mulai tahun 2009, soalan bagi setiap soalan akan dicampur aduk antara beberapa bab. Ini berbeza dengan sebelumnya di mana soalan bab 1 akan digubal dalam soalan nombor 1. Tahun 2009, pelajar terpaksa menghadami semua bab. Mereka tidak boleh memilih-milih bab lagi. Cabaran lebih besar menanti calon SPM 2009.

Bagaimanapun, pelajar akan didedahkan dengan bentuk soalan ini bermula peperiksaan percubaan SPM pada 18 ogos 2009.

Maklumat terkini akan diperolehi apabila guru menghadiri taklimat yang akan disampaikan oleh JU (jurulatih utama) di peringkat daerah pada 30 julai nanti.

ADIOS...

Tuesday, July 21, 2009

Peperiksaan Percubaan SPM Ekonomi Asas 2009 KISAS Kluster.

Pelajar Ekonomi Asas SPM 2009 KISAS akan menduduki Pep. Percubaan SPM kertas ini pada 18 Ogos 2009. Sukatan pelajaran telah pun berjaya dihabiskan pada minggu kedua Julai. Tahniah! kepada guru dan pelajar yang terlibat atas komitmen bersama menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan.

Dalam tempoh 2 minggu bulan Julai terakhir ini, guru dan pelajar melaksanakan aktiviti mengulangkaji sukatan dan memperbanyakkan latih tubi soalan-soalan SPM tahun 2004-2008.
Kelas tambahan petang juga dibuat pada setiap hari Isnin, 3.15-5.00 petang bermula 14 julai. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 5.
Selain itu, kelas pantas 15 minit pada waktu rehat setiap hari isnin-khamis juga diadakan. Kelas ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang berminat dan berkelapangan. Sungguhpun tidak wajib, sambutan amat memuaskan kerana hampir 1/3 pelajar menghadirinya.

Apakah soalan yang akan keluar pada pep. percubaan ini???
Buat masa ini, soalan masih di dalam proses pembikinan oleh guru. Guru telah membuat analisis soalan kertas 2 tahun 2004-2008 dan diedar dan dibincangkan bersama pelajar. Apa pun soalannya nanti, yang pasti kualiti soalan akan diutamakan supaya ia benar-benar menguji keupayaan calon SPM menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

Nasihat guru???
Teruskan usaha menghafal fakta dan huraian setelah benar-benar faham. Jika masih samar-samar kunjungi guru anda. Mereka siap sedia membantu demi kecemerlangan anda. Perbanyakkanlah latihan menjawab secara bertulis soalan-soalan kertas 1 dan 2. Peperiksaan SPM adalah pengujian bertulis, maka itu anda mesti memahirkan diri dengan bentuk soalan dan jawapan serta kekangan masa yang diperuntukkan.

May ALLAH bless you.

Love you...
CIKGU